Siapa suka makan oden? Dalam family cikla, kakak Batrisyia yang suka makan. Yang lain, tak berapa suka sangat sebab kuah oden ni pedas sikit. Cikla okey je, asal kena dengan tekak, telan aje.
Petang tadi, tetiba teringin nak cuba buat sendiri walaupun first time. Hihi. Google la cara paling senang. So, dapatlah resepi ni yang bagi cikla paling senanglah. Main campak-campak je, dah siap.
Bahan:
2 peket perencah tomyam ADABI.
2 peket perencah sup siam ADABI.
1 peket perencah asam pedas ADABI.
2 kiub ayam MAGGI .
Air secukupnya.
Gula secukup rasa.
Bahan steamboat (fishball, fish cake, sosej, crab ball dan lain-lain).
Cara:
1. Masukkan air dan semua perencah dalam periuk atau bekas yang sesuai. Masak sampai kuah mendidih.
2. Selepas itu, masukkan semua bahan steamboat yang korang suka. Masak sampai bahan lembut.
3. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Kredit SINI